Wednesday, November 24, 2010

Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair Matematik Tahun 2



 Alat Bantu Mengajar 1
1.      Alat – alat yang digunakan adalah mangkuk, gelas, bikar dan tin susu.
2.      Mangkuk dan gelas digunakan kerana muri – murid sudah biasa melihat cecair seperti air, dan sup  diisi di dalam bekas – bekas tersebut.Alat – alat ini adalah berkait rapat dengan kehidupan harian murid – murid.
3.      Selain itu, penggunaan tin susu merupakan alternative terbaik untuk menerapkan nilai – nilai kitar semula dalam kehidupan harian murid- murid.
4.       Bikar  digunakan kerana ia  merupakan alat piawaian  yang paling asas untuk tajuk isipadu cecair . Melalui penggunaan bikar, murid dapat membaca dan mengira isipadu cecair dengan tepat.
5.      Keseluruhannya, penggunaan semua alat – alat bantu mengajar di atas adalah ekonomi kerana semua alat tersebut telah sedia ada di persekitaran dan mudah di dapati.
6.      Bagi murid – murid pula, alat – alat yang digunakan adalah selamat dan tidak membahayakan. Lagipun murid – murid telah mempunyai pengalaman memegang dan mengendalikan mangkuk,gelas, bikar dan tin susu. 
Alat Bantu Mengajar 2
1.      Alat – alat yang digunakan adalah balang air  dan empat jenis bikar.
2.      Balang air digunakan untuk mengisi air kerana ia mudah di dapati dan selalu digunakan untuk mengisi air minuman di rumah.Jadi murid – murid sudah mempunyai pengalaman menggunakan  bekas tersebut dengan mudah.Alat – alat ini adalah berkait rapat dengan kehidupan harian murid – murid.
3.      Disamping itu,  penggunaan empat jenis bikar yang berlainan bentuk dan saiz amat penting  untuk murid – murid memamahi konsep isipadu cecair.Ini kerana di setiap bikar ada tertulis angka untuk membolehkan murid membaca isipadu cecair.
4.      Bikar – bikar yang digunakan juga mempunyai unit piawaian yang seragam iaitu milliliter bagi membantu murid- murid membuat perbandingan dengan tepat.
5.      Selain itu, bikar – bikar yang digunakan juga merupakan alat bantu mengajar yan asas dan sedia ada di sekolah sama ada di bilik matematik ataupun di makmal sains.Jadi, guru tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli peralatan baru.  
6.      Keseluruhannya, penggunaan semua alat – alat bantu mengajar di atas adalah ekonomi dan sangat berkesan untuk membantu pemahaman murid kerana ia bersesuiaan dengan topic yang akan diajar.
7.      Bagi murid – murid pula, alat – alat yang digunakan adalah selamat dan tidak membahayakan.    

Rancangan Mengajar Matematik Tahun 2 ( 1 )
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub tajuk : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif :  Pada akhir pengajaran ,murid dapat :
1.      Membandingkan isipadu dua cecair secara perbandingan terus.
2.      Mengenalpasti isipadu cecair yang kurang, lebih dan sama.
Aktiviti : 
Kumpulan  sederhana
1.      Guru menyediakan cecair di dalam dua bekas yang berlainan ( mangkuk dan gelas )
2.      Guru meminta murid menyatakan secara lisan  kuantiti cecair yang terdapat didalam bekas (yang mana lebih dan  yang mana kurang).
3.      Seterusnya, guru meminta murid menuangkan cecair dari mangkuk dan gelas kedalam dua tin susu  yang sama saiz.
4.      Guru membimbing murid membanding  ukuran isipadu cecair di dalam kedua-dua tin susu tersebut.
5.      Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan dapatan sebenar seta membandingkan dengan jawapan murid pada awal aktiviti tadi.
6.      Guru menegaskan kepada murid bahawa untuk membandingkan isipadu cecair,  murid perlulah mengukur  isipadu cecair  itu tetapi  bukan melihat kepada ketinggian cecair itu.
7.      Guru membimbing murid  membuat  lembaran kerja secara berpandu dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan sama banyak, kurang dan lebih isipadu.





Kumpulan  cemerlang
1.      Guru menyediakan cecair di dalam dua bekas yang berlainan ( mangkuk dan gelas )
2.      Guru meminta murid menyatakan secara lisan  kuantiti cecair yang terdapat didalam bekas (yang mana lebih dan  yang mana kurang).
3.      Seterusnya, guru meminta murid menuangkan cecair dari mangkuk dan gelas kedalam dua bikar   yang sama saiz.
4.      Guru membimbing murid membaca dan  membanding  ukuran isipadu cecair di dalam kedua-dua bikar  tersebut.
5.      Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan dapatan sebenar seta membandingkan dengan jawapan murid pada awal aktiviti tadi.
6.      Guru menegaskan kepada murid bahawa untuk membandingkan isipadu cecair,  murid perlulah mengukur  isipadu cecair  itu tetapi  bukan melihat kepada ketinggian cecair itu.
7.      Guru membimbing murid  membuat  lembaran kerja  dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan sama banyak, kurang dan lebih isipadu

                                                                         Mangkuk
                                                                             Gelas
                                                                    Bikar 

                                                                      Tin Susu






Rancangan Mengajar Matematik Tahun 2 ( 2 )
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub tajuk : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif :  Pada akhir pengajaran ,murid dapat :
1.      Mengukur dengan tepat isipadu cecair.
2.      Mengenalpasti  dengan tepat isipadu cecair menggunakan unit paiwaian.
Aktiviti : 
Kumpulan  sederhana
1.      Guru menyediakan cecair di dalam  satu balang beserta empat jenis bikar yan berlainan bentuk dan saiz
2.      Guru meminta seorang  murid menuangkan cecair dari balang ke dalam bikar A
3.      Seterusnya, guru membimbing  murid – murid kumpulan tersebut membaca isipadu cecair itu.
4.      Kemudian, guru meminta murid yang lain pula menuangkan cecair dari bikar A ke dalam bikar B.
5.      Guru sekali lagi meminta murid – murid kumpulan tersebut membaca isipadu cecair  dalam bikar B.
6.      Aktiviti diteruskan dengan murid yang lain pula menuangkan cecair dari bikar B ke dalam bikar C dan bikar D.
7.      Setelah tamat akitiviti, guru bertanyakan semula murid – murid apakah isipadu cecair dalam bikar A,B, C dan D.  
8.      Guru membimbing murid  membuat  kesimpulan bahawa isipadu cecair hendaklah ditentukan dengan cara mengukurnya menggunakan unit piawaian bukan dengan cara membandingkan berdasarkan bentuk dan saiz sesuatu bekas.Ini kerana cecair  yang isipadu sama akan  kelihatan berbeza  isipadunya  sekiranya diisi di dalam  bekas yang  berlainan bentuk dan saiz..


Kumpulan  cemerlang
1.      Guru menyediakan cecair di dalam  satu balang beserta empat jenis bikar yan berlainan bentuk dan saiz
2.      Guru meminta seorang  murid menuangkan cecair dari balang ke dalam bikar A dan membaca isipadu cecair itu.
3.      Kemudian, guru meminta murid yang lain pula menuangkan cecair dari bikar A ke dalam bikar B dan membaca isipadu cecair itu..
4.      Aktiviti diteruskan dengan murid yang lain pula menuangkan cecair dari bikar B ke dalam bikar C dan bikar D.
5.      Setelah tamat akitiviti, guru bertanyakan  murid – murid apakah kesimpulan ang dapat dibuat bersasarkan aktiviti tersebut.  
6.      Guru membimbing murid  membuat  kesimpulan bahawa kuantiti cecair hendaklah ditentukan dengan cara mengukurnya menggunakan unit piawaian bukan dengan cara membandingkan berdasarkan bentuk dan saiz sesuatu bekas.Ini kerana cecair yang sama kuantiti akan kelihatan berbeza sekiranya bekas berlainan

Balang
Bikar A dan Bikar B
Bikar C
Bikar D